• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2026 | 01:02 AM

JKR Sarawak Cipta Sejarah, Siapkan Jambatan Batang Lupar 1

SEBUYAU - Keupayaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam melaksanakan projek infrastruktur berskala besar sekali lagi terbukti apabila berjaya menyiapkan Jambatan Batang Lupar 1, jambatan paling panjang merentasi sungai di Malaysia.

Walaupun berdepan cabaran arus deras, pasang surut ekstrem serta cuaca tidak menentu, projek mega bernilai bernilai RM848 juta itu berjaya disiapkan dan kini rasmi dibuka kepada orang awam.

Pengarah JKR Sarawak, Datu Dr Cassidy Morris berkata pembinaan jambatan berkenaan memerlukan ketelitian tinggi memandangkan keadaan sungai yang sentiasa berubah selain faktor cuaca buruk yang sering mengganggu proses pembinaan.

Menurut beliau, membina struktur berskala besar di kawasan kuala sungai bukan tugas mudah kerana kedalaman dan kelajuan air yang tidak menentu.

Namun begitu, beliau memuji kemampuan kontraktor dan pasukan teknikal JKR Sarawak yang berjaya melaksanakan kerja dengan sangat cemerlang menerusi kaedah pembinaan agresif dan pantas.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran Jambatan Batang Lupar 1 yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, beliau berkata projek berkenaan menggunakan tongkang khas bagi mempercepat pembinaan tiang jambatan selain melibatkan kerja piling sedalam 90 meter.

Jelasnya, jambatan itu dibina menggunakan 87 tiang utama, antara jumlah terbesar pernah digunakan dalam pembinaan jambatan di negara ini.

Selain struktur utama jambatan, projek tersebut turut melibatkan pembinaan jalan penghubung dari Sebuyau ke Triso yang dibina di kawasan berpaya dan memerlukan proses penstabilan tanah sebelum siap sepenuhnya.

Pembukaan rasmi jambatan itu hari ini bukan sahaja memudahkan jaringan perhubungan penduduk, malah menjadi simbol keupayaan JKR Sarawak membangunkan infrastruktur moden bertaraf antarabangsa.

Datu Dr Cassidy berkata projek itu juga merupakan projek tunggal terbesar dalam sejarah JKR Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok