BINTULU - Tiga lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Kuala Tatau, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 9 malam.
Dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang, manakala seorang lagi selamat.
Kesemua mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian.
PKO bertindak menstabilkan mangsa sebelum mengangkat mereka menggunakan pengusung untuk dibawa ke tempat selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back