• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2026 | 12:54 AM

Feri Sedia Ada Akan Dipindahkan ke Pulau Bruit, Sedaya, Tanjung Embang

SEBUYAU - Perkhidmatan feri Triso yang ditamatkan berkuat kuasa hari ini susulan pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 kepada orang awam, akan dipindahkan ke beberapa kawasan pedalaman yang masih memerlukan kemudahan tersebut.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata antara lokasi yang dikenal pasti bagi penempatan semula perkhidmatan feri itu ialah Pulau Bruit, Sedaya dan Tanjung Embang.

Menurut beliau, pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 membolehkan pengguna jalan raya menikmati perjalanan lebih lancar ke Sri Aman dengan anggaran masa sekitar satu jam 30 minit dari Samarahan, berbanding sebelum ini yang mengambil masa lebih dua jam.

Sebelum ini, pengguna jalan raya terpaksa bergantung kepada perkhidmatan feri serta menunggu giliran untuk menyeberangi Sungai Batang Lupar, yang sering menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama.

Datuk Amar Uggah berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Jambatan Batang Lupar 1, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok