• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 05:43 PM

Polis Mukah Tumpaskan Aktiviti 'Pusher' Warga Asing, Rampas 14 Tiub Straw Berisi Syabu

MUKAH - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun yang disyaki aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan (pusher) di kawasan Kampung Sesok, Selasa malam 19 Mei.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, memaklumkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.10 malam hasil maklumat risikan terancang di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kampung berkenaan.

"Menerusi pemeriksaan teliti di dalam rumah tersebut, pihak polis berjaya menjumpai satu kotak rokok yang digunakan untuk menyembunyikan 14 keratan tiub straw lutsinar. Tiub-tiub berkenaan mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu, dengan anggaran berat kasar 5.82 gram bernilai RM300 di pasaran runcit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan turut mengesahkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Siasatan lanjut mendedahkan suspek yang bekerja sebagai buruh itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 24 Mei 2026 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDMukah #BanterasDadah #KampungSesok #InfoJenayahSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok