• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 05:27 PM

Kes Curi Dompet Di Galacity: Warga Emas 81 Tahun Ditahan Polis IPD Kuching

KUCHING - Tindakan pantas pihak polis berjaya menumpaskan kes kecurian harta benda di kawasan komersial Galacity dengan penahanan seorang warga emas, pada Selasa 19 Mei.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan pihak polis terlebih dahulu menerima laporan rasmi daripada seorang pengadu lelaki pada 18 Mei lepas, kira-kira jam 4.49 petang.

Katanya, pengadu mendakwa telah kehilangan sebuah dompet yang mengandungi wang tunai serta dokumen peribadi penting di kawasan berkenaan.

Bertindak atas maklumat makmal dan hasil risikan yang dijalankan, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah melakukan serbuan pada 19 Mei jam 11.45 pagi.

Operasi tersebut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 81 tahun yang disyaki terlibat dalam kes terbabit, selain turut merampas beberapa barang kes untuk tindakan lanjut.

"Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Malah, ujian saringan awal air kencing (urin) yang dijalankan ke atas warga emas tersebut juga menunjukkan keputusan negatif dadah," kata ACP Alexson dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDKuching #KesCuriGalacity #InfoJenayahSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok