• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 04:39 PM

Lebih 1.23 juta Hektar Tanah NCR Diukur di Sarawak

KUCHING - Lebih 1.23 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak telah berjaya diukur secara perimeter setakat 30 April lalu menerusi Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daripada jumlah itu, kira-kira 966,440 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

Katanya, program berkenaan dilaksanakan sejak Oktober 2010 dan dijalankan berdasarkan permohonan serta penglibatan penduduk setempat.

Tambah beliau, sejak 2017 kerajaan turut memberi fokus kepada pengukuran lot individu bagi tujuan pengeluaran hak milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

Sehingga 30 April 2026, sebanyak 110,815 lot individu telah diukur melibatkan kawasan seluas 132,414 hektar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penuntut tanah NCR supaya hadir semasa pengukuran di lapangan serta menanda sempadan tanah dengan jelas bagi mengelakkan pertikaian.

Kerajaan Sarawak, katanya, kekal komited meneruskan program berkenaan termasuk menyediakan peruntukan kewangan yang diperlukan.

Datuk Amar Awang Tengah berkata demikian semasa ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok