SERIAN - Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium untuk mendapatkan bekalan dadah.
Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas sejumlah dadah disyaki syabu serta beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: FB IPD Serian
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back