• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 04:35 PM

Lima Jalan Alternatif Diwujudkan, Atasi Kesesakan Jalan di Samarahan

KUCHING – Isu kesesakan lalu lintas di Samarahan terus diberi perhatian apabila Kerajaan Sarawak melaksanakan beberapa projek jalan raya dan pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengguna jalan raya di kawasan itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata lima jalan alternatif telah diwujudkan di sekitar Taman Samarindah, Taman Samarax, Taman Merbau dan Taman Meranti bagi menampung aliran trafik keluar masuk ke Kuching Outer Ring Road serta Jalan Datuk Mohammad Musa.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua memberitahu pembangunan di Taman Samarindah juga dirancang berdasarkan keseluruhan guna tanah masa hadapan serta rangkaian jalan di kawasan berkenaan.

Katanya, projek naik taraf Jalan Datuk Mohammad Musa dan pembinaan Jalan Samarahan-Bukit Berangan kini siap sepenuhnya dalam usaha meningkatkan kelancaran trafik di Samarahan.

Dalam masa sama, pembinaan Jambatan Sejingkat yang masih berjalan bakal menjadi laluan alternatif baharu yang menghubungkan Samarahan ke Demak Laut.

Beliau turut memaklumkan, pembinaan laluan ART (Blue Line) dari Rembus ke Hikmah Exchange yang sedang dilaksanakan merupakan antara penyelesaian jangka panjang kerajaan bagi menangani kesesakan lalu lintas di Samarahan secara menyeluruh.

Menurutnya, projek pengangkutan awam itu dijangka mampu mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap penggunaan kenderaan persendirian selain menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih efisien.

Datuk Amar Awang Tengah berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok