• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 04:32 PM

Ops Bersepadu JPJ, KPDN Dan UKPS Di Jalan Penrissen: 881 Kenderaan Diperiksa, 14 Disita

KUCHING - Sinergi strategik penguatkuasaan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) diperkukuh menerusi pelaksanaan Ops Bersepadu berskala besar, Selasa malam 19 Mei.

Operasi statik yang digerakkan oleh Unit Operasi JPJ Kuching itu telah dijalankan secara serentak di dua lokasi strategik, iaitu di Batu 7 Jalan Penrissen (menghala ke Serian) dan Batu 8 Jalan Penrissen (menghala ke Kuching).

Sepanjang operasi berlangsung, sebanyak 881 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa secara menyeluruh.

Hasil pemeriksaan tersebut mendedahkan pelbagai kesalahan undang-undang jalan raya termasuklah ketiadaan lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, gagal mempamerkan nombor pendaftaran, serta beberapa pelanggaran aspek teknikal kenderaan.

Daripada jumlah kenderaan yang diperiksa, sebanyak 14 buah kenderaan telah dikenakan tindakan sita serta-merta oleh pihak berkuasa.

Sitaan tersebut melibatkan lima buah motokar, lima motosikal, dua motosikal yang ditunggang oleh warga asing, satu motosikal yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu, serta sebuah lori.

Antara punca sitaan utama adalah akibat Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, dan pemandu warga asing tanpa lesen sah.

Operasi ini turut dihadiri dan disaksikan oleh barisan kepimpinan tertinggi agensi termasuk Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri bin Hassan; Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Norizan bin Jili; dan Pengarah KPDN Negeri Sarawak, Tuan Matthew ak Dominic Barin.

Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #OpsBersepadu2026 #JPJSarawak #KPDNSarawak #UKPS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok