• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 10:04 AM

Lelaki 30-an Positif Dadah Ditahan Polis Di Tepi Jalan Taiton Bau

BAU - Skuad Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di tepi Jalan Taiton, Selasa pagi 19 Mei.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, memaklumkan penahanan tersebut dilakukan oleh anggotanya kira-kira jam 11.45 pagi hasil maklumat risikan dan rondaan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak mencederakan RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pihak PDRM Bau menegaskan bahawa operasi membanteras najis dadah akan terus dipergiat tanpa kompromi. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah digesa untuk menyalurkannya terus melalui talian Hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-5929211 demi menjaga keharmonian komuniti.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #JSJNSarawak #BanterasDadah #SayNoToDrugs

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok