• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 09:42 AM

Terpedaya Iklan Pasang Tag Getah Rambut Upah RM4,000 Sekotak, Suri Rumah Di Samarahan Rugi RM126,910

KOTA SAMARAHAN - Seorang suri rumah berusia 54 tahun di daerah ini berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian (job scam), melibatkan kerugian terkumpul mencecah RM126,910.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William, mengesahkan pihak polis telah menerima laporan rasmi berhubung kes tersebut.

Siasatan awal mendapati mangsa mula terjerat selepas tertarik dengan satu iklan tawaran kerja dari rumah di platform Facebook atas nama ‘Pusat Kraftangan Malaysia Wang Ing’. Mangsa kemudiannya beralih berurusan menerusi aplikasi Messenger dan WhatsApp dengan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Cikgu Liew.’

Suspek mendakwa beliau merupakan wakil daripada sebuah syarikat pembungkusan dari China, Nikko Packaging Co Ltd, dan menawarkan pekerjaan memasang tag pada getah rambut dengan kadar upah yang sangat lumayan iaitu RM4,000 bagi setiap kotak yang berjaya disiapkan.

Mangsa dijanjikan bakal menerima empat buah kotak yang mengandungi tag serta 2,000 utas getah rambut untuk diselesaikan di rumah.

"Bagaimanapun, suspek bertindak meminta mangsa membuat pelbagai bayaran pendahuluan termasuklah caj penghantaran, wang jaminan, komisen akauntan, serta kos import," jelas DSP Barry William dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat terpedaya dengan janji manis sindiket, mangsa telah melakukan sebanyak 48 kali transaksi pindahan wang ke beberapa akaun bank pihak ketiga yang berbeza dalam tempoh antara 1 April hingga 15 Mei lepas. Wang yang digunakan merangkumi wang simpanan peribadi serta wang hasil pinjaman.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas barangan yang dijanjikan tidak kunjung tiba manakala suspek masih terus-menerus menuntut bayaran tambahan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JobScam #ScamGetahRambut #IPDKotaSamarahan #PDRMSarawak #InfoJenayahKini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok