• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 09:26 AM

Arsenal Sah Gelar Juara Liga Perdana Inggeris Selepas 22 Tahun

LONDON - Arsenal ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas pencabar terdekat, Manchester City, gagal mencatatkan kemenangan ketika menentang Bournemouth, Selasa malam 19 Mei.

Manchester City yang mendominasi enam daripada lapan kejuaraan liga sebelum ini, wajib mencatatkan kemenangan di tempat lawan bagi merapatkan jurang kepada dua mata demi mengheret persaingan ke perlawanan terakhir pada Ahad ini.

Bagaimanapun, impian skuad kendalian Pep Guardiola itu lebur apabila jaringan minit ke-39 oleh pemain Bournemouth, Junior Kroupi, meletakkan City di belakang.

Walaupun Erling Haaland berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada masa kecederaan babak kedua, ia sudah terlewat untuk City mencari gol kemenangan yang amat diperlukan.

Keputusan tamat perlawanan tersebut mencetuskan keriangan luar biasa dalam kalangan penyokong The Gunners yang berkumpul di luar Stadium Emirates.

Ini merupakan kejuaraan liga domestik ke-14 buat Arsenal, meletakkan mereka di kedudukan ketiga sejarah bola sepak Inggeris di belakang Liverpool dan Manchester United yang masing-masing mengumpul 20 kejuaraan.

Kejayaan ini turut melakar sejarah peribadi buat Mikel Arteta yang mengendali kelab sejak 2019, apabila menjadi bekas pemain Liga Perdana Inggeris pertama yang berjaya memenangi piala berprestij itu sebagai seorang pengurus.

Arsenal kini berpeluang melengkapkan musim terbaik dalam sejarah kelab apabila dijadualkan turun menentang Paris Saint-Germain (PSG) di pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 30 Mei ini.

Sumber: ESPN 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ArsenalJuara #EPL2026 #TheGunners #InfoBolaSepakKini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok