• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2026 | 08:03 PM

Projek Menara Baharu Masjid Jamek Negeri Bakal Serlah Keindahan Seni Bina Islam

KUCHING – Projek pembinaan menara baharu Masjid Jamek Negeri Sarawak, bakal mentransformasikan landskap masjid itu dengan reka bentuk seakan seni bina di Timur Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abdul Hadi Abdul Kadir berkata, pembinaan menara baharu tersebut kini telah mencapai 10 peratus kemajuan fizikal.

Menurut beliau, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 30 April tahun hadapan dan setakat ini berjalan lancar sejak dimulakan pada 31 Oktober tahun lalu.

Katanya, kerja semasa tertumpu kepada pelaksanaan cerucuk korek bagi struktur dua dan empat, yang merupakan antara komponen penting dalam pembinaan menara itu.

Selepas fasa itu selesai, pelaksanaan peringkat seterusnya dijangka dapat diteruskan tanpa masalah, termasuk ketika berdepan musim hujan menjelang penghujung tahun.

Beliau berkata, menara baharu itu bukan sahaja menambah baik kemudahan sedia ada, malah bakal mengubah keseluruhan landskap Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Ia sekali gus akan menambah keindahan masjid itu sebagai mercu tanda Islam utama di bandar raya Kuching.

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Maal Hijrah 1448H/2026M di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok