BINTULU - E-Peraduan sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Bintulu yang akan berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu bermula 22 hingga 24 Mei ini menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton eMas 5.
Orang ramai khususnya penduduk sekitar Bintulu disaran merebut peluang menyertai program berkenaan yang turut menyediakan pelbagai hadiah menarik lain termasuk barangan elektrik.
Bagi menyertai e-peraduan itu, peserta diwajibkan memiliki akaun SarawakPass dengan hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap ID.
Peserta juga perlu menjawab soalan berdasarkan maklumat yang dipaparkan di booth pameran utama, dan hanya mereka yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul akan dipilih untuk cabutan bertuah harian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back