KUCHING – Kerajaan Sarawak merancang untuk memperluaskan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) secara berperingkat ke kawasan strategik di seluruh negeri.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Sarawak Energy dan SEDC Energy.
Menurut beliau, fokus pembangunan stesen pengecas itu selepas ini akan melibatkan laluan utama termasuk Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Pesisir serta Jalan Penghubung Sarawak–Sabah (SSLR).
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan terdapat sebanyak 153 pengecas EV kini telah beroperasi di seluruh Sarawak.
Namun, kemudahan itu ketika ini lebih tertumpu di bandar utama seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back