KAPIT - Rangkaian infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman Sarawak bakal menerima lonjakan besar menerusi projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goram, Kapit yang dilaksanakan di bawah pelan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).
Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi meluangkan masa menghadiri sesi taklimat khas serta meninjau tapak projek berkeluasan kira-kira 7.189 hektar itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, hari ini.
Projek mega ini bakal dilaksanakan menggunakan kaedah 'Reka dan Bina' menerusi proses tender terbuka pra-kelayakan secara kluster bagi memastikan ketelusan tata kelola serta pematuhan garis masa operasi yang optimum.
Berdasarkan perincian teknikal, SMK Bukit Goram direka bentuk untuk menempatkan 36 bilik darjah fizikal yang serba moden.
Ia turut dilengkapi fasiliti standard komprehensif termasuk blok pentadbiran dan akademik, blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Menengah, kantin, dewan sekolah, surau, serta kemudahan menunggu kenderaan berpusat dan laluan berbumbung.
Pemantauan rapi fasa pembinaan ini amat kritikal bagi memastikan institusi pendidikan pedalaman mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah di kawasan bandar, sekali gus menyediakan ekosistem pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Sumber: fb Alexander Nanta Linggi
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SMKBukitGoram #PendidikanKapit #RMKe12
Back