KUCHING – Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) ditambah baik bagi membantu lebih ramai rakyat berdepan kos sara hidup, khususnya dalam mendapatkan rumah sewa mampu milik.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Fathi Hambali dalam satu kenyataan hari ini berkata, had pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM4,556 kepada RM5,504.
Menurutnya, SRAS turut diperluaskan ke 10 daerah termasuk Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu, selain tempoh bantuan dipanjangkan daripada 36 kepada 48 bulan.
Beliau berkata, penambahbaikan ini membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan lebih ramai rakyat menikmati kediaman yang selamat dan mampu disewa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back