• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 03:53 PM

Pusat Sains Sarawak Dilancar 29 Julai 2026

KUCHING - Pusat Sains Sarawak dijadual dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai ini selepas mencapai tahap siap sebanyak 99.45 peratus.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pusat berkenaan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan bakal menampilkan pameran interaktif Fasa 1 serta kemudahan pembelajaran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) STEM moden.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) terus berkembang sebagai institusi bioperubatan strategik dengan ibu pejabatnya kini mencapai 80 peratus siap setakat April 2026, melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM143 juta.

Katanya, kerajaan Sarawak turut memperuntukkan RM33 juta tahun ini bagi pelaksanaan program tuberkulosis (TB), penghapusan kanser serviks dan pembangunan vaksin.

SIDC kini menjalankan pengawasan aktif bagi penyakit TB, malaria, denggi, Human Papillomavirus (HPV), rabies, filariasis serta penyakit berjangkit lain, dengan peluasan ke seluruh negeri dirancang menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok