TUARAN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh agenda transformasi kesihatan di lapangan menerusi pelaksanaan Jelajah Kesihatan Borneo (JKB) Siri III yang memfokuskan kepada penilaian dinamik fasiliti perubatan di Sabah.
Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuaran bagi meninjau secara dekat operasi harian, kekangan logistik, serta ruang penambahbaikan perkhidmatan sedia ada.
Pendekatan turun padang ini disifatkan kritikal bagi memastikan setiap perancangan strategik KKM di peringkat pusat digubal berasaskan maklum balas serta realiti sebenar di peringkat akar umbi.
Rombongan lawatan yang turut disertai oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) itu memperhalusi aspek pengurusan kapasiti hospital dan sokongan terhadap kebajikan warga kerja kesihatan tempatan.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JelajahKesihatanBorneo #HospitalTuaran #HanifahHajarTaib
Back