• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 03:24 PM

Remaja Lelaki 18 Tahun Di Bau Diperas RM3,800 Menerusi Ugutan Sebar Video Bogel Di Telegram

BAU - Polis Daerah Bau sedang giat mengesan seorang suspek yang terlibat dalam kes pemerasan siber membabitkan ugutan penyebaran gambar dan video bogel milik seorang remaja lelaki tempatan di Taman Mutiara, Jalan Jambusan, pada Ahad 17 Mei.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide A. Rahman, mengesahkan laporan diterima daripada mangsa yang berusia 18 tahun pada jam 12.01 tengah malam.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata insiden bermula apabila pengadu berkenalan dengan individu tidak dikenali melalui aplikasi Pazzy sebelum perbualan beralih ke aplikasi Telegram.

Suspek kemudiannya memperdaya mangsa untuk melakukan panggilan video intim serta menghantar gambar bogelnya.

Sejurus mendapatkan bahan tersebut, suspek bertindak mengugut untuk menyebarkan video dan gambar bogel itu kepada kenalan mangsa sekiranya gagal membayar wang tebusan sebanyak RM3,800.

Akibat ketakutan, mangsa telah melakukan transaksi awal berjumlah RM666 menggunakan aplikasi Touch 'n Go ke sebuah akaun keldai.

Mangsa bagaimanapun memutuskan untuk membuat laporan polis selepas suspek terus meminta bayaran tambahan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan kerjasama SKMM.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile ##IPDBau #JenayahSiber #PDRMSarawak #SKMM 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok