• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 02:15 PM

81 Projek Sekolah Daif Siap Di Sarawak, 40 Lagi di Pelbagai Peringkat Pelaksanaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi memperkukuh infrastruktur pendidikan negeri, dengan tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf sekolah daif.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, setakat ini sebanyak 81 projek naik taraf dan pengubahsuaian sekolah telah berjaya disiapkan di seluruh Sarawak.

Menurut beliau, projek-projek tersebut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan bangunan sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, kondusif dan berkualiti untuk murid-murid.

Katanya, ketika ini, sekitar 40 projek lagi sedang berada pada peringkat akhir pelaksanaan selepas proses penilaian awal selesai dijalankan.

Sehubungan itu, kementeriannya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memantau pelaksanaan projek serta mengenal pasti keperluan kritikal untuk tindakan segera.

Dalam masa sama, usaha pembangunan pendidikan di negeri ini turut disokong melalui pelbagai peruntukan kewangan kerajaan negeri.

Ia termasuk dana penyelenggaraan dan pembangunan sekolah yang dibentangkan setiap tahun dalam Bajet Negeri Sarawak.

Beliau turut mengakui terdapat kebimbangan terhadap kenaikan kos semasa akibat perubahan ekonomi yang boleh memberi kesan kepada kecukupan peruntukan sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok