• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 11:01 AM

Bomba Sibu Jaya Bertindak Pantas Buka Pintu Bilik Sewa Terkunci Dari Dalam

SIBU - Anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya berjaya melaksanakan khidmat khas membuka pintu sebuah bilik sewa yang dilaporkan terkunci dari dalam di kawasan rumah kedai, belakang Pak Amit Cafe, Sibu Jaya, pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Badrulhisam, memaklumkan pihak balai menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut sebelum menggerakkan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati pintu utama bilik sewa berkenaan benar-benar terkunci rapat dari arah dalam. Sebagai langkah keselamatan, anggota bomba diarahkan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) lengkap sebelum menggunakan tangga untuk memanjat bangunan kedai tersebut.

Anggota kemudiannya berjaya menyusup masuk melalui tingkap bilik dan membuka pintu utama dari dalam sebelum menyerahkan semula kunci kepada pihak pengadu.

Operasi tersebut tamat dengan lancar tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BBPSibuJaya #KhidmatKhas #SibuJayaTerkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok