• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 10:50 AM

Saya Hanyalah Seorang ‘Chef’, Aidil Harap 'Hidangan' KCFC Musim ini Jadi Titik Permulaan Besar

KUCHING – “Saya hanyalah seorang chef. Untuk menghasilkan hidangan yang sedap, kita memerlukan resipi yang baik.”

Demikian kata Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak, ketika menggambarkan musim cemerlang pasukannya dalam saingan Liga Malaysia tahun ini.

Beliau berkata, dalam bola sepak tiada jaminan untuk mencapai kejayaan, namun sentiasa ada ruang untuk berkembang dan terus belajar.

Menurutnya, sepanjang beberapa tahun bergelar jurulatih, setiap sesi latihan dan perlawanan yang diharungi banyak mengajarnya untuk terus memperbaiki diri.

Dengan berbekalkan segala pengalaman tersebut, beliau berharap agar ia dapat diterjemahkan bersama KCFC.

Dalam pada itu, beliau sering mengingatkan para pemain bahawa saingan liga ibarat maraton dan bukannya larian 100 meter.

Matlamat utama pasukan, katanya, adalah untuk mencapai kejayaan pada penghujung musim menerusi usaha keras, mentaliti kental serta kualiti yang dimiliki para pemain.

Sehubungan itu, beliau berharap “hidangan” yang disajikan pasukannya kali ini, mampu menjadi sesuatu yang istimewa serta titik permulaan kepada kejayaan lebih besar buat KCFC pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas perlawanan Liga Super antara KCFC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, beliau berkata aksi berlangsung mengikut perancangan apabila pasukan berjaya mendapatkan gol awal selain tidak dibolosi pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, beliau mengakui sedikit kecewa kerana pasukan gagal menambah jaringan pada separuh masa kedua walaupun mencipta beberapa peluang keemasan.

Menurutnya, KL City merupakan pasukan yang berkualiti dan tekanan sentiasa wujud sepanjang perlawanan.

Namun, anak-anak buahnya berjaya mengharungi situasi itu dengan baik sekali gus meraih tiga mata penuh untuk menutup saingan Liga Super musim ini di tempat kedua, sekali gus mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2 musim depan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok