• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 10:48 AM

Enam Penghuni Terselamat, Rumah Jenis Tidak Kekal Musnah Terbakar Di Jalan Nyatoh Sibu

SIBU - Enam penghuni sebuah rumah jenis tidak kekal berdepan detik cemas selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran besar di Jalan Nyatoh, Lanang, Ahad pagi 17 Mei.

Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas sempat keluar melarikan diri sebelum api marak.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 8.20 pagi. Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral telah dikejarkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman secara ofensif dan defensif menggunakan dua salur bantu mula serta pembentangan hos sepanjang 200 kaki dari pili bomba berhampiran.

Operasi yang turut mendapat bantuan daripada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 8.50 pagi sebelum ditamatkan secara rasmi pada jam 9.35 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian kini masih di bawah siasatan pihak forensik bomba.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BBPSibuSentral #PDRM #APM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok