• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 May 2026 | 09:08 AM

Abang Johari Luang Masa Sertai Pertandingan Menembak GPS Backbenchers Di Batu Kawa

KUCHING - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menghadiri serta menyertai acara GPS Backbenchers Shooting Competition 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Batu Kawa, Sabtu petang 16 Mei lalu.

Kehadiran beliau ternyata menyuntik semangat dan menyerikan lagi kejohanan tahunan itu, yang dianjurkan khusus sebagai platform bagi memperkukuh hubungan silaturahim, kesepakatan, serta semangat kerjasama dalam kalangan wakil rakyat kelab penyokong kerajaan (backbenchers) dan ahli-ahli politik di negeri ini.

Pertandingan tersebut turut disertai oleh barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Setiausaha Politik daripada pelbagai kawasan di seluruh Sarawak.

Walaupun berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan, para peserta tetap memamerkan disiplin tinggi serta ketepatan dalam mengendalikan senjata api masing-masing.

Di samping menyaksikan sesi pertandingan, Premier Sarawak turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan para peserta dan tetamu jemputan sebelum program melabuhkan tirainya.

Sumber: fb Sarawakku 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AbangJohari #PremierSarawak #GPSBackbenchers

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok