• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 May 2026 | 11:28 PM

Polis Kuching Serbu Pusat Hiburan, 'Jus Ecstacy' Dan Pil Bernilai RM12,700 Dirampas

KUCHING - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah di sebuah pusat hiburan sekitar bandaraya ini menerusi serbuan khas, awal pagi Ahad 17 Mei.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, pihak polis telah menahan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun. Suspek terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga asing.

Hasil pemeriksaan rapi di premis berkenaan membawa kepada penemuan bungkusan dadah yang diubah suai sebagai paket minuman serbuk, melibatkan lapan paket hitam bertulis 'IP MAN' dan lima paket putih bertulis 'JUICE MASTER' seberat 476.40 gram.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan malam tadi, memaklumkan polis turut merampas 98 biji pil Ecstacy seberat 54.52 gram yang disembunyikan di dalam paket plastik bercorak arnab.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM12,700.

Tambah beliau, salah seorang suspek dikesan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDKuching #JSJNSarawak #InfoJenayahSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok