• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 May 2026 | 04:15 PM

Gempur Stigma HIV/AIDS: KKM, MAF Perkukuh Kolaborasi Strategik Di Sabah

KOTA KINABALU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan komitmen padu untuk memperluas sokongan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil dalam usaha menamatkan penularan serta menghapuskan stigma sosial terhadap pesakit HIV/AIDS di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib berkata, aspek pengurusan klinikal dan pembekalan ubat-ubatan semata-mata tidak mencukupi sekiranya komuniti terkesan masih berhadapan dengan tembok diskriminasi yang tebal daripada masyarakat.

"Kerjasama rentas sektor antara KKM, badan sivil, dan rakan korporat adalah kunci utama bagi meruntuhkan stigma ini. Sokongan psikososial yang inklusif adalah sama penting dengan rawatan perubatan di hospital bagi memastikan golongan ini berani tampil mendapatkan bantuan, sekali gus membantu negara mencapai sasaran sifar jangkitan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berprestij Red Ribbon Kota Kinabalu anjuran Yayasan AIDS Malaysia (MAF) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan tertinggi MAF terhadap sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi para rakan strategik dalam memperkukuh respons nasional mendepani isu berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Caesar Mandela Malakun; Penaung MAF (Borneo), Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu; Pengerusi MAF, Professor Emeritus Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman serta Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis.

Melalui penganjuran ini, KKM dan MAF berharap agar lebih banyak agensi swasta dan individu tampil menjadi rakan advokasi bagi mewujudkan ekosistem masyarakat yang lebih empati, sihat, dan bebas daripada diskriminasi terhadap penularan HIV/AIDS khususnya di wilayah Borneo.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #RedRibbonKK #MalaysianAIDSFoundation #KKMMalaysia #HanifahHajarTaib

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok