KUCHING - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak berjaya menyita sebanyak 17 buah kenderaan pelbagai jenis dalam satu operasi penguatkuasaan statik, Ops Gempur Kenyalang, yang dijalankan di Expressway Samarahan, baru-baru ini.
Operasi berskala besar itu turut dihadiri dan ditinjau secara langsung oleh Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Norizan bin Jili, bersama barisan kepimpinan penguatkuasaan negeri.
Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 895 buah kenderaan telah diperiksa secara menyeluruh bagi mengesan pelanggaran peraturan jalan raya dan aspek teknikal kenderaan.
Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta penggunaan lampu HID/LED yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.
Sementara itu, 17 kenderaan yang disita merangkumi motosikal, jip mewah, sehinggalah lori pembancuh simen diambil tindakan atas kesalahan ekstrem seperti tiada perlindungan insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, serta pemandu warga asing tanpa lesen yang sah.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJSarawak #OpsGempurKenyalang #SamarahanExpressway
Back