• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 May 2026 | 03:51 PM

Pegawai Kanan Polis Berpangkat ASP Ditahan Reman Berkaitan Kes Pemerasan RM5,000

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) telah ditahan pada Khamis lalu 14 Mei, selepas disyaki terlibat dalam kes pemerasan wang tunai berjumlah RM5,000 terhadap seorang pekerja restoran di kawasan Bukit Bintang, Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan tersebut dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Jalan Angsoka pada 14 Mac, suspek didakwa telah menggari rakan sekerja pengadu selama hampir sejam.

Pegawai terbabit menggunakan alasan bahawa majikan mereka sedang diburu kerana terlibat dalam sindiket penipuan di Kemboja dan China sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang bagi tujuan pembebasan.

Suspek kini telah dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam 16 Mei bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis menegaskan bahawa kes berkenaan sedang disiasat secara telus dan menyeluruh di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDDangWangi #IntegritiPDRM #HapusRasuah 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok