• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 May 2026 | 03:41 PM

Pengarah JKR Sarawak Tinjau Persiapan Akhir Pra Pembukaan Jambatan Batang Lupar 1

KOTA SAMARAHAN - Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Datu Dr. Cassidy Morris, hari ini (17 Mei) turun padang bagi mengadakan lawatan persediaan khas sempena pra pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mei ini.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi JKR Sarawak, lawatan kerja strategik ini memfokuskan kepada penilaian tahap kesiapsiagaan akhir projek, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan struktur, pengurusan aliran trafik, penyediaan kemudahan pengguna, serta penyelarasan operasi antara agensi teknikal yang berkaitan.

Langkah ini amat kritikal bagi memastikan tiada sebarang implikasi keselamatan timbul sebelum ia dibuka secara rasmi kepada orang awam.

Katanya lagi, lawatan pemantauan ini penting bagi memastikan kesemua komponen infrastruktur serta sistem operasi berfungsi pada tahap optimum.

Pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 ini bakal menjadi anjakan paradigma dalam jaringan perhubungan darat Sarawak, sekali gus meningkatkan mobiliti dan sosioekonomi penduduk di sepanjang koridor pesisir negeri.

Sumber: fb Jabatan Kerja Raya Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JKRSarawak #JambatanBatangLupar #JalanPesisirSarawak #InfrastrukturSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok