BAU, 17 Mei 2026 – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kes kematian mengejut (SDR) melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun, pada Sabtu 16 Mei.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, memaklumkan mangsa sebelum itu telah dibawa ke Hospital Bau sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) setelah dipercayai meminum racun rumput di kawasan Wind Cave, Jalan Taiton pada 15 Mei lalu.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.11 pagi semalam ketika sedang menerima rawatan lanjut.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan awal pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kecederaan fizikal yang mencurigakan pada tubuh mangsa.
Kes kini diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh proses bedah siasat.
Pihak polis turut menasihati orang ramai agar menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi liar di media sosial.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #KesMatiMengejut
Back