KOTA SAMARAHAN - Edisi terbaharu HSL Samarahan Marathon +melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan beberapa rekod laluan berjaya dipecahkan, dibantu oleh faktor cuaca yang redup serta laluan larian Tanjong Bako yang semakin serasi dengan para peserta.
Pelari sensasi, Dennis Isika, muncul juara kategori lelaki selepas melintasi garisan penamat dengan catatan masa luar biasa satu jam 16 minit 28 saat, sekali gus memadamkan rekod tahun 2025 yang dipegang oleh Andy Yeo (1 jam 20 minit 51 saat).
Bagi kategori wanita pula, kejuaraan mutlak dirangkul oleh Abigael Jerop yang mencatatkan masa satu jam 27 minit 26 saat.
Bagi kategori Kebangsaan (National Category) yang baharu diperkenalkan, Syahrullah Safri mengungguli perlumbaan lelaki dengan masa satu jam 16 minit 31 saat, manakala Jia Qi Chew memenangi kategori wanita dengan catatan satu jam 33 minit 32 saat.
Majlis penyampaian hadiah yang menawarkan ganjaran tunai keseluruhan mencecah RM50,000 itu telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pihak penganjur turut membayangkan laluan tahun hadapan bakal menjadi lebih menarik dengan rancangan merentasi Jambatan Sejingkat bagi menghubungkan Samarahan dan Kuching Utara.
Sumber: HSL
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Samarathon2026 #HSLSamarahanMarathon #LaPromenadeMall #HockSengLee
Back