KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, selamat tiba di Kota Kinabalu semalam 16 Mei, bagi meneruskan agenda Jelajah Kesihatan Borneo Siri 3.
Program turun padang ini merupakan kesinambungan usaha KKM untuk menilai dan meninjau secara dekat kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah disambut mesra oleh barisan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. William Gotulis.
Sepanjang siri jelajah kali ini, Timbalan Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah hospital daerah dan klinik kesihatan di sekitar Sabah.
Lawatan strategik ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan fasiliti, memahami kekangan operasi, serta mendengar maklum balas secara langsung daripada petugas barisan hadapan demi memperhalusi pelan penambahbaikan prasarana perubatan di negeri itu.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JelajahKesihatanBorneo #KKMMalaysia #HanifahHajarTaib
Back