• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 May 2026 | 02:14 PM

Ops Selera: 18 Warga Indonesia Ditahan Imigresen Kuching Dalam Serbuan Bersepadu

KUCHING - Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching berjaya menahan 18 warga asing warganegara Indonesia dalam satu operasi khas, Ops Selera, yang digerakkan di beberapa lokasi strategik sekitar bandaraya ini, pagi semalam 16 Mei.
 
Operasi yang melibatkan kekuatan seramai 18 pegawai imigresen itu menyasarkan premis makanan, medan selera, serta kediaman pekerja. Antara kawasan yang digempur termasuklah Taman Sukma, Kampung Semerah Padi, Tabuan, Pekan Batu 10, dan sebuah medan selera di Batu 4.
 
Premis-premis berkenaan dikesan menggaji warga asing tanpa permit kerja yang sah serta membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) berlindung di premis kediaman.
 
Semasa serbuan dilakukan, keadaan sempat menjadi cemas apabila beberapa warga asing cuba melarikan diri bagi mengelak daripada diperiksa.
 
Walau bagaimanapun, tindakan pantas dan kepungan rapi oleh pegawai operasi berjaya mematahkan cubaan tersebut.
 
Kesemua 18 individu telah ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut, manakala pihak majikan yang terlibat turut berdepan tindakan undang-undang kerana melindungi PATI.
 
Sumber: fb Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak 
 
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ImigresenKuching #OpsSelera #GempurPATI #JIMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok