MIRI - Empat pendaki berjaya dibawa keluar dari Taman Negara Bukit Lambir, Jalan Bintulu-Miri, jam 9.50 malam ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, tiga wanita dan seorang lelaki berusia antara 33 hingga 35 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Operasi membawa keluar mangsa diketuai tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bersama tiga renjer taman.
Bagaimanapun, seorang mangsa wanita mengalami keletihan dan hampir pengsan sebelum dibantu dibawa turun keluar dari kawasan Bukit Lambir.
Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back