KUCHING - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Sarawak dan Sabah sehingga jam 1 pagi esok.
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat termasuk Bau dan Kuching di Bahagian Kuching, selain Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song dan Kapit di Bahagian Kapit, Bintulu serta Beluru di Bahagian Miri.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan aktiviti luar serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sumber: MetMalaysia
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back