SARATOK – Dua wanita cedera parah manakala dua lelaki cedera ringan dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo berhampiran Saratok, petang tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 3.53 petang apabila sebuah Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.
Komander Operasi memaklumkan, kesemua mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.
Dua wanita itu diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
Manakala dua lelaki dihantar ke hospital berhampiran menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Punca kemalangan masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back