• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 May 2026 | 10:03 PM

Cakra Khan Terbuka Berkolaborasi Dengan Artis Sarawak

KUCHING - Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi bersama artis tempatan Sarawak sekiranya peluang dan perancangan yang sesuai dapat direalisasikan pada masa akan datang.

Menurut penyanyi lagu hit “Kekasih Bayangan” itu, idea kerjasama tersebut sudah lama bermain di fikirannya sejak kunjungan pertama beliau ke Sarawak pada tahun 2023.

Namun katanya, beberapa aspek teknikal termasuk urusan regulasi industri muzik, label rakaman serta hak penerbitan menjadi antara faktor yang memerlukan penelitian sebelum sesuatu kolaborasi dapat dilaksanakan.

Walaupun begitu, beliau menegaskan dirinya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana penggiat seni dari Sarawak.

Cakra Khan tiba di Kuching hari ini bagi menjayakan Kuching Muzik Festival 2026 dan dijadual menghiburkan peminat menerusi persembahan istimewa di Padang Merdeka malam esok.

Festival anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlangsung selama dua hari bermula malam ini turut menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa terkenal, termasuk kumpulan rock legenda Malaysia, OAG.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok