KUCHING - Penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan bakal menghangatkan pentas Kuching Music Festival 2026 di Padang Merdeka esok, 17 Mei, dengan seleksi lagu istimewa yang dijanjikan penuh kejutan buat peminat.
Bercakap pada sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini, beliau berkata pemilihan lagu untuk persembahan berkenaan dibuat secara teliti berdasarkan respons dan permintaan peminat menerusi sesi interaksi dalam talian.
Ketika ditanya mengenai lagu yang pasti akan dipersembahkan, Cakra mengesahkan lagu hitnya, Kekasih Bayangan, bakal menjadi antara lagu yang akan didendangkan di hadapan ribuan pengunjung festival itu.
Bagaimanapun, jumlah keseluruhan lagu yang bakal dipersembahkan masih dirahsiakan bagi memberi elemen kejutan kepada penonton.
Dalam pada itu, Cakra turut memberi bayangan bakal memperkenalkan lagu baharu kepada peminat buat pertama kali di Kuching.
Ujarnya, lagu baharu itu dalam senarai persembahannya pada malam esok.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back