• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 May 2026 | 12:11 AM

Lelaki Tempatan Ditahan Bersama Syabu Dan Ganja Dalam Rondaan Polis Di Satok

KUCHING - Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 36 tahun berjaya ditahan oleh pasukan polis dari Balai Polis Satok, IPD Kuching, selepas didapati memiliki dadah jenis Methamphetamine dan ganja dalam satu rondaan cegah jenayah, awal pagi Khamis 14 Mei.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Kuching, tangkapan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam di tepi Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong.

Hasil pemeriksaan fizikal terhadap suspek membawa kepada penemuan 0.70 gram dadah disyaki Methamphetamine (Syabu) dan 3.40 gram dadah disyaki ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM179.00.

Ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman selama dua hari sehingga 16 Mei 2026.

Kes disiasat di bawah tiga peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a).

PDRM terus menegaskan komitmen mereka dalam memerangi musuh nombor satu negara dan menyeru kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat melalui talian hotline yang disediakan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDKuching #KatakanTidakKepadaDadah #CegahJenayah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok