• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 May 2026 | 12:01 AM

23 Ahli ‘Geng 24 Hung-Hung’ Dituduh Di Mahkamah Kuching Bawah Akta SOSMA

KUCHING - Seramai 23 lelaki berusia antara 19 hingga 44 tahun telah dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Jumaat 15 Mei atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai Geng 24 Hung-Hung.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes tersebut bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan lanjut.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah terancang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Temaga Cina-Dayak, Sematan, antara Disember 2021 hingga 20 April 2026.

Kesalahan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Prosiding yang bermula pada jam 2.30 petang itu berlangsung di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan bersenjata dan bertopeng.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Shafiq Kasim dan Maryam Jamielah Ab Manaff memohon pelanjutan reman di Penjara Jalan Puncak Borneo.

Hakim Musli Ab Hamid, Iris Awen Jon, dan Noorhisham Mohd Jaafar kemudian menetapkan 22 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Borneo Post 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Geng24HungHung #OpsPusakMerah #MahkamahKuching #Sosma

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok