SIBU - Uskup Emeritus Dominic Su Haw Chiu, tokoh penting yang merupakan Uskup pertama bagi Keuskupan Roman Katolik Sibu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.52 pagi tadi. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Dilahirkan pada 26 Mei 1939, Dominic Su memulakan perjalanan rohaninya sebagai paderi pada tahun 1969 sebelum mencatat sejarah dilantik sebagai Uskup pertama Sibu oleh Saint Pope John Paul II pada tahun 1986.
Beliau menerajui keuskupan tersebut selama 24 tahun dengan penuh kesetiaan sehingga persaraannya pada Disember 2011.
Pihak Keuskupan Sibu dalam satu kenyataan rasmi menyifatkan mendiang sebagai seorang pemimpin yang sangat berdedikasi dan menjadi berkat besar kepada gereja serta masyarakat sekitarnya.
Upacara pengebumian dijadualkan berlangsung esok di Nirvana Memorial Park, Jalan Oya, Sibu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #UskupDominicSu #KeuskupanSibu
Back