• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 11:07 PM

TYT Tun Wan Junaidi Zahir Ucapan Hari Guru, Sanjung Pengorbanan Pendidik Bentuk Generasi Bitara

KUCHING - Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Sarawak dan Malaysia.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru 2026, TYT Tun menegaskan bahawa peranan guru adalah sangat krusial dalam mencorakkan masa depan negara.

Menurut beliau, guru bukan sahaja ejen penyampai ilmu dan pembentuk daya saing pelajar, malah menjadi tunjang utama dalam membentuk nilai akhlak serta sahsiah yang tinggi dalam kalangan anak bangsa.

Beliau turut menyeru para pelajar agar sentiasa meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap jasa pendidik.

Tegas beliau, kejayaan sesebuah tamadun dan negara bermula daripada bimbingan serta keikhlasan insan bergelar guru.

Mengangkat tema "Guru Bitara Nadi Negara", TYT Tun dan Toh Puan mendoakan agar semua guru terus diberikan kekuatan dan keberkatan untuk memikul amanah mulia demi kemajuan berterusan negeri Sarawak.

Sumber: fb Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariGuru2026 #GuruBitaraNadiNegara #WanJunaidiTuankuJaafar #TerimaKasihCikgu

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok