KUCHING - Seramai 19 individu telah mengangkat sumpah pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Majlis yang penuh istiadat tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Barisan yang dilantik merangkumi 14 individu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dua daripada Parti Demokratik Progresif (PDP), dua daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan seorang wakil daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Antara yang hadir termasuklah Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, beberapa Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.
Pelantikan semula ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam memantapkan jentera pentadbiran dan pemantauan projek-projek pembangunan di seluruh negeri.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #DUNSarawak #SetiausahaPolitik #GPS #UKAS
Back