• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 03:20 PM

Guna Taktik 'MacGyver' Hidupkan Enjin, Pencuri Motosikal Tegar Ditahan Di Kabong

SARATOK - Tindakan licik seorang penganggur berusia 27 tahun yang menggunakan kemahiran memotong dan menyambung wayar untuk mencuri sebuah motosikal berakhir dengan penahanan oleh pihak polis di Kampung Sungai Endot, Kabong, pada Khamis 14 Mei.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mengesahkan suspek ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) susulan laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Honda C100 pada 4 Mei lalu.

Beliau berkata suspek dikesan menggunakan modus operandi khusus dengan mencabut soket kunci serta menyambung wayar bagi menghidupkan enjin tanpa kunci.

Siasatan lanjut mendapati suspek menyembunyikan kenderaan yang telah dileraikan itu di kawasan semak di belakang sebuah rumah burung.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau (2019 dan 2024) turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Beliau mengakui bercadang menjual komponen motosikal tersebut untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber: fb Info Kemalangan dan Bencana Malaysia 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDSaratok #PDRMSarawak #KabongTerkini #SaratokNews #InfoSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok