BAU - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Kampung Serikin, Khamis petang 14 Mei.
Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, mengesahkan bahawa kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 34 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang.
"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan positif dadah," katanya dalam satu kenyataan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #PDRMSarawak #NarkotikBau #KampungSerikin
Back