• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 02:54 PM

Peningkatan Kes Dadah Dalam Vape: Empat Remaja Sarawak Dikompaun Beli Rokok Secara Haram

KUCHING - Seramai empat remaja bawah umur telah dikenakan kompaun bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini kerana membeli produk rokok secara haram.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, memaklumkan kesalahan tersebut dikesan di bawah Seksyen 13(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Dalam tempoh yang sama, statistik penguatkuasaan menunjukkan seramai 253 remaja bawah umur turut didakwa di bawah Seksyen 17(1) atas kesalahan merokok atau berkaitan vape.

Selain itu, pihak berkuasa turut mengambil tindakan tegas terhadap tiga penjual yang didakwa mengikut Seksyen 13(1) akta yang sama kerana membekalkan produk merokok kepada golongan bawah umur.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Datuk Seri Fatimah turut mendedahkan kebimbangan mengenai trend penyalahgunaan dadah melalui vape yang mencatatkan peningkatan ketara daripada empat kes pada 2023 kepada 14 kes pada tahun lalu.

Malah, bagi empat bulan pertama tahun ini sahaja, nilai rampasan berkaitan kes tersebut telah mencecah lebih RM700,000.

Sebagai langkah proaktif, kerajaan Sarawak telah mempergiatkan program intervensi yang memfokuskan kepada aspek pencegahan dan kesedaran di seluruh negeri.

Sumber: BERNAMA 

#BililBeritaCATS #CATSFM #Umobile #DUNSarawak #FatimahAbdullah #SayNoToVape

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok