• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 02:26 PM

Hanifah Hajar Taib Tinjau Operasi Yayasan AIDS Malaysia, Perkukuh Respons HIV Negara

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, mengadakan lawatan kerja ke Yayasan AIDS Malaysia (MAF) bagi meninjau peranan strategik yayasan tersebut dalam menyokong agenda respons HIV/AIDS kebangsaan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia, menekankan kepentingan kerjasama erat antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau diiringi oleh Penaung MAF (Borneo), Datin Amar Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu; Pengerusi MAF, Professor Emeritus Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman; serta Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Prof Madya Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa.

Rombongan telah diberi taklimat mendalam mengenai operasi kebajikan, advokasi, dan usaha pengumpulan dana bagi membantu komuniti yang terkesan.

Dato Hanifah menzahirkan sokongan penuh terhadap inisiatif MAF yang selari dengan program HIV negara, terutamanya dalam memperluas akses rawatan dan membasmi stigma terhadap individu yang hidup dengan HIV (PLHIV).

Komitmen berterusan KKM melalui lawatan ini mencerminkan pendekatan kesihatan awam yang inklusif dan berkesan bagi memastikan Malaysia terus berada di landasan tepat dalam menangani cabaran HIV/AIDS. 

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KKM #HanifahHajarTaib #YayasanAIDSMalaysia #MAF

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok