• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 11:29 AM

Kerajaan Sarawak Perkukuh Tindakan Cegah Vandalisme Infrastruktur Utiliti

Kuching – Kerajaan Sarawak mempergiat usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti, susulan kerugian mencecah RM11.34 juta yang direkodkan tahun lalu.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan, termasuk penubuhan Jawatankuasa Anti-Vandalisme bagi menyelaras strategi pencegahan secara lebih berkesan.

Menurut beliau, usaha itu turut melibatkan kerjasama rentas jabatan dan agensi, selain penglibatan komuniti setempat.

Selain itu, tindakan undang-undang serta pelaksanaan operasi bersepadu “Ops Lusuh” oleh agensi penguatkuasaan di seluruh negeri turut dipergiatkan.

Ujarnya, penglibatan masyarakat amat penting dalam membantu kerajaan melindungi infrastruktur utiliti daripada terus menjadi sasaran vandalisme.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan vandalisme terhadap kemudahan utiliti kepada pihak berkuasa atau penyedia perkhidmatan.

Laporan boleh dibuat menerusi talian telefon, laman sesawang dan aplikasi rasmi pihak berkaitan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Terdahulu, Dato Fazzrudin membangkitkan persoalan mengenai usaha mewujudkan program komuniti yang lebih tersusun bagi membantu menjaga infrastruktur utiliti daripada kegiatan vandalisme.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok