• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 May 2026 | 10:19 AM

Penjana Kuasa Nadi Penduduk Rumah Nanga Ajau Musnah Terbakar

BETONG - Penduduk Rumah Nanga Ajau di sini berdepan detik cemas selepas rumah penjana kuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke rumah panjang mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran, tengah hari semalam 14 Mei.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 petang.

"Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong di bawah pimpinan PBK Nickson Asean Akui dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi pada jam 1.44 petang, pihak bomba mendapati struktur penjana kuasa tersebut telah dijilat api marak dan terbakar 100 peratus. Pasukan penyelamat bertindak pantas menggunakan aliran salur bantu mula bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur bangunan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan media.

Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden ini. Punca kebakaran dan nilai kerugian kini masih dalam siasatan unit forensik kebakaran JBPM.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BombaBetong #NangaAjau #Kebakaran #JBPM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok